BMDC KEJADIAN 48:18-19
Dia berkata kepada bapanya, “Jangan begitu, ayah. Inilah anak yang sulung; letakkanlah tangan kanan ayah ke atas kepalanya.” Tetapi bapanya membantah dan berkata, “Aku tahu, anakku, aku tahu. Manasye juga akan berkuasa dan keturunannya pun akan menjadi bangsa yang besar. Tetapi adiknya akan lebih berkuasa daripada dia, dan keturunan adiknya akan menjadi bangsa-bangsa yang besar.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Adiknya lebih berkuasa" Bab 48 kitab Kejadiaan kisah Yakub memberkati anak Yusuf, Yakub menganggap kedua-dua anak Yusuf itu adalah anaknya seperti mana anak yang lain seperti Ruben dan Simeon (ay.5). Manasye anak sulung dan Efraim adik, tetapi ketika Yakub memberkati, dia melebihkan berkat kepada Efraim berbanding Manasye malah dia menyelangkan tangannya, tangan kanan pada Efraim dan kiri pada Manasye, Yusuf cuba memindahkan tangan Yakub tetapi dia tidak mahu (ay.17-18). Dia juga berkata adik lebih berkuasa daripada abang (ay.19).
Begitulah Yakub sampai akhirnya hidup memperjuangkan adik boleh lebih berkuasa daripada abang walaupun menentang budaya pada zaman itu.
Hari ini kita tidak ada lagi anggapan anak sulung lebih daripada adik tetapi hak sama rata kepada semua anak, walaupun begitu sikap anak boleh mempengaruhi sikap ibu bapa.
Semoga kita tidak seperti Yakub menganggap adiknya lebih berkuasa daripada abangnya tetapi biar sama rata sama rasa demi keharmonian keluarga.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati yang tidak berfikir lebih besar dari adik beradik.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 3.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment