BMDC KELUARAN 12:30-31 Pada malam itu raja dan semua pegawainya, serta semua orang Mesir terjaga. Tangisan yang kuat terdengar di seluruh negeri Mesir, kerana di setiap rumah terdapat kematian anak lelaki. Pada malam itu juga, raja memanggil Musa dan Harun lalu bertitah, “Pergilah, kamu dan semua orang Israel! Tinggalkan negeri beta! Pergilah beribadat kepada TUHAN kamu, seperti yang kamu minta. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pergilah beribadat kepada TUHAN kamu" Bab 12 kitab Keluaran kisah orang Israel akhirnya keluar dari Mesir mereka berjalan kaki dari kota Raamses ke kota Sukot, seramai 600 ribu orang lelaki belum termasuk perempuan dan kanak-kanak (ay.37), orang Israel berada di Mesir selama 430 tahun (ay.40). Raja Mesir yang degil untuk melepaskan orang Israel pergi kali ini dia insaf akan kekuasaan TUHAN (ay.31) kerana takut selepas kematian anak sulung mungkin dia fikir mereka semua akan mati kalau melengah-lengahkan masa orang Israel pergi. Ketakutan terhadap kematian menginsafkan ramai orang, agak sukar seseorang insaf kalau dia tidak takut kematian. Tuhan Yesus sudah membuktikan Dia adalah kebangkitan dan hidup (Yoh.11:25) kerana telah bangkit dari kematian (Kis.4:33). Semoga kita seperti raja Mesir insaf dan mengaku kuasa TUHAN mengizinkan orang Israel pergilah beribadat kepada TUHAN kamu. Doa: Tuhan Yesus kami takut kepada kematian tolong kami supaya tidak takut lagi sebab Engkau adalah kebangkitan dan hidup. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 17.7.2025.

Comments

Popular Posts