Matius 9:32-33 (AVB) Selepas itu, seorang yang bisu kerana dirasuk roh iblis dibawa kepada Yesus. Yesus menghalau roh iblis itu dan serta-merta orang itu mula berkata-kata. Semua yang melihatnya tercengang lalu berkata, “Belum pernah kami lihat hal begini di Israel!” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Yesus menghalau roh Iblis" Seperti orang Rungus dan suku tempatan yang lain di Sabah percaya ada roh-roh jahat atau roh iblis di persekitaran mereka begitu juga orang pada zaman Tuhan Yesus. Kali ini Tuhan Yesus tidak berdialog dengan roh iblis berbanding di Gadara (Mat.8:32-34), Dia terus menghalau roh itu dan tidak sempat melakukan kekacauan. Kita tidak perlu berdialog dengan roh iblis, halau saja seperti yang dilakukan Tuhan Yesus. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ada jenis orang yang ada perangai seperti roh iblis suka buat kekacauan, lebih baik kita doakan halau roh iblis yang ada pada dirinya atau diri kita sendiri kalau sedar ada roh iblis dalam diri, daripada berdialog. Mari kita belajar seperti Tuhan Yesus menghalau roh iblis. Damai sejahtera di sanubari kita. 🙏emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 7.9.2024.

Comments

Popular Posts