Markus 2:23-24, 27-28 (AVB) Pada suatu hari Sabat, Yesus dan murid-murid-Nya berjalan melalui ladang gandum. Para murid-Nya mula memetik bulir gandum. Kemudian orang Farisi berkata kepada Yesus, “Lihatlah, mereka melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!” Yesus menambah, “Hari Sabat diwujudkan untuk manusia, bukannya manusia diwujudkan untuk hari Sabat. Jadi Anak Manusia jugalah Tuhan atas hari Sabat.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tuhan atas hari Sabat" Orang Farisi sangat peka terhadap pelanggaran hari Sabat, ketika para murid-Nya melalui ladang gandum mereka memetik biji gandum, itu pun dikira melanggar hari Sabat. Tuhan mengambil cerita Daud memakan roti persembahan di bait suci yang diberikan oleh imam besar Abiatar (ay.25-26), TUHAN tidak membunuh Daud dan para pengikutnya ketika memakan roti itu yang hanya para imam saja yang boleh memakannya. Tuhan Yesus melanjutkan penjelasan bahawa hari Sabat diwujudkan untuk manusia bukan manusia untuk hari Sabat (ay.27). Begitu juga Tuhan Yesus berkuasa daripada hari Sabat (ay.28). Hari Sabat bukanlah lebih berkuasa daripada manusia apa lagi Tuhan Yesus. Gereja sebenarnya bukan di bawah kuasa hukum Sabat, hanya golongan gereja hari Sabat sahaja yang menjadikan Sabat berkuasa seperti TUHAN mereka, mereka lebih takut kuasa hari Sabat berbanding yang lain. Sama seperti orang Yahudi pada masa itu sehingga hari ini yang masih bertuhan hari Sabat atau lebih tepat lagi menyembah hari Sabat. Berbanding menyembah Tuhan Yesus. Mari kita belajar menyembah Tuhan atas hari Sabat bukan hari Sabat. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 28.9.2024.

Comments

Popular Posts