Matius 27:50-52, 54 (AVB) Yesus berseru dengan kuat sekali lagi, lalu menyerahkan roh-Nya dengan nafas terakhir. Sejurus itu tirai Bait Suci terbelah dua dari atas ke bawah, bumi digegar gempa dan batu-batu pejal terpecah; kubur-kubur terbuka; dan banyak jenazah orang suci dibangkitkan semula; Apabila ketua tentera dan orangnya yang mengawal Yesus melihat gempa bumi serta kejadian-kejadian lain, mereka pun ketakutan lalu berkata, “Benarlah Dia Anak Allah!” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Benarlah Dia Anak TUHAN" Keesokan hari para pemimpin agama membawa Tuhan Yesus kepada gebenor daerah untuk dituduh dengan hukuman mati, malam sebelum itu majlis agama Yahudi memutuskan untuk hukuman bunuh kepada Tuhan Yesus kerana mengaku Dia ialah Anak TUHAN (Mat. 26:63-64), pemimpin agama memang bijak tidak mahu membunuh Tuhan Yesus sendiri tetapi mahu kerajaan terlibat dengan cara menghasut rakyat (ay.20). Begitulah sikap Iblis suka menghasut dan mahu menyusahkan semua orang. Ketika Tuhan Yesus disalipkan banyak kejadian aneh berlaku, kegelapan dari jam enam sehingga jam sembilan pagi (ay.45), tirai Bait Suci terbelah dari atas sehingga ke bawah dan gempa bumi (ay.51) kemudian kubur orang suci terbelah dan mereka bangkit dari kematian (ay.52). Melihat semua itu ketua askar mengakui Tuhan Yesus benarlah Dia Anak TUHAN. Sudahkah kita mengakui Tuhan Yesus Anak TUHAN? atau menunggu kejadian aneh berlaku dalam hidup baru percaya mungkin sudah terlibat atau tidak berlaku. Mari kita belajar mengaku bahawa Tuhan Yesus benarlah Dia Anak TUHAN melalui pembacaan kisah ini. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 25.9.2024.

Comments

Popular Posts