Matius 10:9-11 (AVB) Janganlah bawa wang emas, perak mahupun tembaga dalam tali pinggangmu.
Jangan bawa beg, atau dua helai baju, atau kasut, atau tongkat dalam perjalananmu, kerana seorang pekerja layak menerima makanannya.
Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu.
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menetaplah di rumahnya" Dalam bab 10 kisah Tuhan Yesus mengutus dua belas murid-Nya mengkhabarkan bahawa kerajaan TUHAN sudah dekat (ay. 7) di dalam daerah orang Israel (ay. 6). Secara terperinci para murid diberitahu cara melakukan tugasan mereka, antaranya apabila tiba di suatu bandar atau pekan cari orang menerima mereka, tinggal di rumah itu selama berada di situ. Penginapan itu penting sebab itulah banyak hotel, resort atau homestay dibina di bandar, pekan dan kampung. Kenapa tidak gereja khususnya gereja kita menyedia bilik tetamu atau rumah tetamu untuk para hamba TUHAN yang kita jemput melayani. Mungkin sebab susah diurus berbanding mencari hotel yang berdekatan untuk mereka, secara peribadi berminat menyedia bilik atau rumah tetamu kepada para hamba TUHAN atau kawan-kawan yang datang dari jauh.
Mari kita belajar menetaplah di rumahnya yang menyediakan bilik tetamu atau rumah tetamu.
Ibadah yang sejati menyedia tumpangan yang selesa kepada tetamu.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
8.9.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment