Matius 20:14-16 (AVB) Ambillah upahmu dan pulanglah. Aku memang hendak memberi pekerja yang datang terakhir itu upah yang sama.
Bukankah hakku berbuat sesuka hati dengan wangku sendiri? Mengapakah kamu busuk hati kerana aku bermurah hati?’ ”
Yesus berkata lagi, “Begitulah, orang yang terakhir akan menjadi yang terdahulu, dan orang terdahulu akan menjadi yang terakhir.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Upah yang sama" Tuhan Yesus mengajar bahawa kerajaan TUHAN seperti seorang tuan tanah mengupah orang bekerja di ladang anggurnya (ay. 1) tuan itu memanggil orang bekerja dari pagi, tengah hari dan petang (ay.2-7) ada yang hanya satu jam bekerja (ay. 12). Tetapi memberi upah satu dinar setiap orang (ay. 13-14), pekerja yang bekerja dari pagi sehingga petang tidak berpuas hati (ay. 11-12). Tetapi itulah hak tuan tanah memberi upah, pekerja tidak ada hak mempersoal kenapa mereka diberi upah yang sama rata. Kerajaan TUHAN seperti itu upah yang sama kepada setiap orang, sama ada pelayan yang lama atau baharu, mungkin tugas yang berbeza atau kedudukan yang berbeza tetap sahaja upah yang sama, tidak ada apa yang perlu dibanggakan atau cuba membanggakan diri atau mengajar kedudukan dalam kerajaan TUHAN sebab upah yang sama setiap orang.
Mari kita belajar upah yang sama dalam kerajaan TUHAN tidak perlu bekecil hati atau berbangga.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
18.9.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment