Matius 5:3-6 (AVB) “Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Diberkati" Dalam bab 5-7 Injil Matius ialah tentang khutbah di bukit oleh TUHAN Yesus, saya boleh katakan inilah khutbah yang memenuhi aspirasi masyarat pada zaman itu dan juga kita hari ini, tidak bertentangan dengan hukum Taurat atau hukum agama mana sekali pun, boleh diterima oleh siapa sahaja walaupun dia bukan seorang Kristian. Pada ayat 3-11 sembilan kali disebut diberkati mereka yang mengalami keadaan tertentu dalam hidup antaranya miskin rohani, bersedih, lemah lembut, lapar dan dahaga akan kebenaran, mengasihi, suci hati, dan banyak lagi. Mungkin salah satu itu keadaan yang saya atau anda alami, itulah alasan kita semua diberkati. Mari kita belajar hiduplah sebagai orang yang diberkati. Dalam sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 3.9.2024.

Comments

Popular Posts