Matius 18:15-16 (AVB) “Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah mendapatkannya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan diam-diam, antara kamu berdua sahaja. Sekiranya dia mahu mendengar katamu, ertinya kamu berjaya mendapat kembali saudaramu. Jika tidak, bawalah seorang dua bersamamu; kerana telah tersurat, ‘Setiap tuduhan harus disokong dengan kesaksian dua atau tiga orang saksi.’ Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Lakukan diam-diam" Tuhan Yesus mengajar kalau seseorang melakukan kesalahan terhadap kita bertemulah dengan orang itu secara diam-diam tunjukkan kesalahannya. Kalau diam insaf tidak perlu dilanjutkan sebab sudah berdamai, tetapi kalau sebaliknya bawa dua orang saksi bersama untuk mendengar perkara tersebut, semoga dia insaf. Tetapi kalau masih juga tidak insaf beritahulah kepada jemaah dan anggaplah orang itu tidak mengenal TUHAN. Beginilah cara yang diajar oleh Tuhan menyelesaikan persengketaan. Bukan menjaja cerita keburukan orang lain, kita tahu setiap kali satu isu diceritakan akan ada tokoh tambah menyebabkan cerita semakin membesar dan memburukkan lagi keadaan, lebih baiklah bersua-muka, walaupun bukan mudah dilakukan. Mari kita belajar menyelesaikan persengketaan lakukan diam-diam secara bersua muka. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 16.9.2024. Selamat Menyambut Hari Malaysia (1963-2024).

Comments

Popular Posts