Matius 21:23-24 (AVB) Apabila Yesus masuk ke Bait Suci, ketua imam dan tua-tua datang kepada-Nya ketika Dia sedang mengajar, “Dengan kuasa apakah Kamu melakukan perkara-perkara ini? Dan siapakah yang memberi-Mu kuasa itu?” Yesus menjawab, “Aku juga akan bertanya satu soalan. Jika kamu memberitahu-Ku, Aku akan menyatakan kepadamu dengan kuasa apa Aku melakukan perkara-perkara itu: Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Siapakah yang memberi-Mu kuasa?" Tuhan Yesus akhirnya memasuki kota Yerusalem untuk mengajar tentang kerajaan TUHAN dengan menunggang keldai muda (ay. 7) rakyat bersorak menyambut Dia, menjadi perhatian penduduk kota mereka bertanya siapakah Dia? (ay. 10). Kemudian Tuhan Yesus menyucikan Bait Suci (ay. 12-13), Dia menyembuhkan orang buta dan orang tempang (ay. 14) para pemimpin agama mula guzar kehadiran Tuhan Yesus dan pelayanan-Nya mungkin dalam fikiran mereka masuk tempat orang tidak memberi salam main terjah. mereka pun bertanya siapa yang izinkan Kamu? atau kuasa apa yang kamu pakai? lebih kurang begitu pertanya mereka dalam bahasa kita hari ini. Inilah alasan kuat para pemimpin agama menolak Tuhan Yesus, di Nazaret ditolak kerana mereka tahu kedudukan sosial Tuhan Yesus yang rendah, di Yerusalem ditolak kerana Dia tidak meminta kebenaran kepada pemimpin agama. Begitulah ragam manusia tertutup untuk menerima perubahan atau pelayanan. Mari kita belajar terbuka dengan pekerja Roh Kudus kurangkan pertanyaan siapakah yang memberi-Mu kuasa? Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 19.9.2024

Comments

Popular Posts