Markus 1:27-28 (AVB) Hal ini menyebabkan semua orang tercengang lalu berbisik sesama sendiri, “Adakah ini suatu ajaran baru? Dia memerintah roh-roh jahat dengan penuh kuasa dan mereka menurut kata-Nya.”
Dengan demikian, khabar tentang Yesus segera tersebar ke seluruh Galilea.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Ajaran baru" Injil Markus menyampaikan kisah Tuhan Yesus lebih berterus terang bahawa Dia ialah Anak TUHAN (ay.1), peranan Yohanes Pembaptis sebagai pembawa khabar akan kemunculan Tuhan Yesus malah dia juga membaptis Tuhan Yesus di sungai Yordan (ay.9). Bagi rakyat baptisan Yohanes sebagai tanda pertaubatan tetapi bagi Tuhan Yesus tanda permulaan pelayanan dan pengisteharan bahawa Dia ialah Anak TUHAN (ay.11). Daerah pertama yang disebut sebagai tempat pelayanan Tuhan Yesus ialah Kapernaum di rumah ibadah (ay.21). Dia mengajar dengan penuh wibawa (ay.22) dan membentak roh jahat supaya diam dan keluar dari orang (ay.25). Rakyat yang melihat itu kagum dan berkata adakah ini ajaran baru? Tuhan Yesus pembawa pembaharuan, sebab itulah ada yang menentang dan yang menyokong. Hari ini pun berlaku ajaran baru terus bermunculan, mungkin itu idea, acara, cara dan sebagainya. Akan ada yang menyokong dan menentang, ada harga yang perlu dibayar oleh pembawa pembaharuan itu, seperti Tuhan Yesus nyawa-Nya sendiri.
Mari kita belajar ajaran baru memerlukan harga yang tinggi bersedialah.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
27.9.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment