Matius 6:28-31 (AVB) Jadi, mengapakah kamu risau tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun.
Namun demikian, Aku berkata kepadamu: Raja Salomo dengan segala kemegahannya pun tidak berpakaian seindah bunga itu.
Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang wujud hari ini dan esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberimu pakaian? Begitu tipis kepercayaanmu!
Jangan runsing tentang makanan, minuman atau pakaianmu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Runsing tentang makanan, minuman atau pakaianmu" Khutbah di atas bukit Tuhan Yesus mencakup semua sisi kehidupan masyarakat pada masa itu malah kita hari ini. Golongan miskin, sederhana dan kaya semua ada bahagian. Orang misikin yang setiap hari runsing tentang makanan, minuman dan pakaian diberi penghiburan, bahawa Bapa tahu mereka memerlukan itu sebelum mereka berdoa kepada TUHAN (ay. 8). Bapa akan memberi sesuai apa yang kita perlukan, tetapi kita rungsing berlebihan seolah-olah tiada TUHAN yang kita sembah. Sebab kita tidak dapat melihat sumber makanan, minuman dan pakaian dari sumber yang tidak kita miliki. Seperti duit tinggal RM100 bagaimana boleh hidup sehingga hujung bulan. Sebab itu kita runsing dan memang berasas pada fikiran manusia. Tetapi Tuhan Yesus mengajar bahawa Bapa tahu keperluan kita.
Mari kita belajar tidak rungsing tentang makanan, minuman dan pakaianmu kerana TUHAN tahun kita memerlukan itu.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
4.9.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment