Matius 22:20-22 (AVB) Lalu Yesus bertanya kepada mereka, “Gambar dan nama siapakah ini?” “Kaisar,” jawab mereka. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Kalau begitu, berikan milik Kaisar kepada Kaisar, dan berikan milik Allah kepada Allah.” Mereka tercengang mendengar kata-kata Yesus, lalu pergi dari situ. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Berikan milik Kaisar kepada Kaisar" Pelayanan Tuhan Yesus di Kota Yerusalem agak mencabar, dihujani pertanyaan golongan agamawan atau kalau hari ini orang teologi, dari golong Farisi, Herodes, Saduki dan pakar Taurat. Mereka membawa persoalan mereka masing-masing syukur Tuhan Yesus sudah menjawab, kita hari ini tidak lagi buntu mencari jawapan, salah satu persoalan mereka tentang membayar cukai (ay. 15-22) Jawapan Tuhan Yesus secara tidak langsung ya, kerana wang negara ada milik pemerintahan dan berikan kepada TUHAN milik TUHAN. Apakah milik TUHAN? Kehidupan kita salah satu milik TUHAN. Mari kita belajar berikan milik Kaisar kepada Kaisar dan milik TUHAN kepada TUHAN iaitu kehidupan kita susah senang, kaya misikin berilah hidupmu kepada-Nya. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 20.9.2024.

Comments

Popular Posts