Matius 25:40-41 (AVB) Raja akan menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.’ Selepas itu, Dia akan berkata kepada mereka yang di sebelah kiri-Nya, ‘Nyahlah dari sisi-Ku, kamu yang terlaknat, ke dalam api kekal yang telah disediakan untuk Iblis dan para malaikatnya; Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Disediakan untuk Iblis dan para malaikatnya" Penjelas Tuhan Yesus tentang kedatangan-Nya atau parusia bersambung, melalui beberapa perumpamaan seperti lima orang gadis bijak dan lima lagi kurang berakal, hanya lima gadis yang bijak dapat bersama majlis keraian pengantin kerana dapat bertahan sehingga pengantin tiba pada tengah malam (ay.1-13), mungkin zaman itu tiada aturcara majlis perkahwinan, parusia juga seperti itu tiada waktu yang ditetapkan. Perumpamaan kedua tentang talenta emas, dua hamba dapat menggandakan talent mereka yang satu lagi tidak, hamba itu disebut oleh tuannya sebagai zalim dan pemalas kemudian dia dihukum dan talentanya diambil (ay.14-30), mungkin bermaksud setiap orang mesti berusaha memajukan diri dalam kerohanian. Kemudian perumpamaan terakhir tentang mereka yang tidak berbuat kebajikan kepada orang lain, mereka disebut orang yang dilaknati, juga dihukum dicampakkan ke dalam api kekal yang sediakan oleh Iblis dan para malaikatnya (ay.31-46). Mari kita belajar menantikan kedatangan Tuhan Yesus dengan bijaksana, memajukan diri dan membuat kebajikan kalau tidak kita akan dihukum ke dalam api kekal yang disediakan oleh Iblis dan para malaikatnya. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 23.9.2024.

Comments

Popular Posts