Matius 16:18-19 (AVB) Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya. Aku akan memberikan kunci kerajaan syurga kepadamu. Apa yang kamu ikat di dunia akan diikat juga di syurga. Apa yang kamu uraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Alam maut tidak dapat merobohkannya" Tuhan Yesus didatangi lagi oleh pemimpin agama mungkin mereka pun dari Yerusalem kali ini orang Farisi dan Saduki (ay. 1) Golongan Farisi aliran lain agaknya, mereka meminta tanda tetapi Tuhan Yesus enggan hanya tanda kisah Yunus (ay. 4) Kemudian rombongan Tuhan Yesus pergi keseberang tasik, di sana Dia bertanya kepada para murid siapakah diri-Nya. Jawapan Petrus paling tepat bahawa Dia ialah Kristus, Anak TUHAN yang hidup (ay. 16). Tuhan Yesus tidak menolak jawapan itu, maksudnya Dia memang Kristus dan Anak TUHAN. Dari pada jawapan itu Tuhan Yesus mendirikan jemaah-Nya alam maut tidak dapat merobohkannya (ay. 18). Gereja hari ini wujud kerana jawapan Petrus itu, itulah iman gereja yang paling asas dan tidak boleh tidak ada. Mari kita belajar gereja yang memiliki pengakuan seperti Petrus alam maut tidak dapat merobohkannya. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 14.9.2024.

Comments

Popular Posts