Matius 13:53-55 (AVB) Setelah Yesus selesai menceritakan ibarat, Yesus pun beredar dari situ.
Lalu Dia pulang ke kampung halaman-Nya. Di situ Dia mengajar di saumaah. Orang yang mendengar-Nya hairan lalu bertanya, “Dari manakah Dia mendapat kebijaksanaan begini? Dari manakah Dia mendapat kuasa melakukan mukjizat?
Bukankah Dia anak tukang kayu? Bukankah Maria itu ibu-Nya, dan Yakobus, Yusuf, Simon serta Yudas itu saudara-Nya?
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dari manakah Dia mendapat kuasa?" Selepas Tuhan Yesus melakukan misi pelayanan di daerah Galilea khususnya di sekitar tasik Galilea termasuk kawasan bukan orang Israel seperti di Gadara kemudian Dia pulang ke kampung halaman-Nya di Nazaret, mengajar dan membuat mujizat. Tetapi orang kampung tidak menerima-Nya sebab mereka kenal ahli keluarga dan status sosial Tuhan Yesus seorang anak tukang kayu. Mungkin pada zaman itu golongan pengajar hanya dari golongan sosial yang tinggi. Mereka tidak melihat apa lagi menghargai kejayaan pelayanan Tuhan Yesus, mungkin Dia satu-satunya penduduk asal Nazaret yang berjaya melakukan pelayanan sehebat itu. Sepatutnya mereka menyambut Dia dengan penuh kesyukuran dan bangga ada orang kampung mereka berjaya. Tetapi sebaliknya yang berlaku.
Mari kita belajar tidak seperti orang Nazaret yang menolak Tuhan Yesus kerana mempertikai dari manakah Dia mendapat kuasa.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
11.9.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment