Matius 8:32-34 (AVB) Dan Yesus memerintah roh-roh itu, “Pergilah.” Maka roh-roh itu pun keluar lalu memasuki babi-babi itu. Seluruh kawanan babi itu pun lari ke pinggir jurang laut lalu terjun dan mati lemas.
Penjaga-penjaga babi itu lari ke bandar lalu menceritakan hal itu serta apa yang telah terjadi kepada kedua-dua orang yang dirasuk roh iblis itu.
Seluruh penduduk bandar itu pun datang berjumpa dengan Yesus dan memohon-Nya pergi dari daerah itu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Memohon-Nya pergi dari daerah itu" Tuhan Yesus diceritakan pergi ke seberang tasik yang bernama Gadara (ay. 28) kawasan bukan orang Yahudi atau pelbagai suku bangsa tinggal di sana, kenapa saya katakan demikian kerana ada penduduk memelihara babi (ay. 30,31). Ada dua orang yang kerasukan roh iblis yang begitu ganas bertemu dengan Tuhan Yesus dan memohon supaya kalau mereka diusir keluar dari orang itu dibenarkan masuk pada kawanan babi yang ada di situ (ay. 31). Tuhan Yesus pun mengizinkan, roh itu pun memasuki kawanan babi kemudian terjun ke dalam jurang dan semua mati lemas (ay. 32) Roh Iblis memang jahat di mana saja berada akan melakukan kekacauan. Ekoran daripada peristiwa itu orang Gadara ketakutan dan memohon Tuhan Yesus pergi dari mereka (ay. 34)
Mari kita belajar berwaspada dengan roh iblis yang suka melakukan kekacauan sehingga memohon-Nya pergi dari daerah itu.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
6.9.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment