Matius 19:29 (AVB) Setiap orang yang telah meninggalkan rumah, atau saudara lelaki, saudara perempuan, ibu bapa, anak-anak, atau ladang kerana nama-Ku, akan menerima seratus kali ganda apa yang ditinggalkannya dan akan memperoleh hidup kekal. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "seratus kali ganda dan akan memperoleh hidup kekal" Pelayanan Tuhan Yesus berpindah dari Galilea ke Yudea, Dia mengajar di seberang sungai Yordan (ay. 1) banyak perkara yang Dia ajarkan, golongan Farisi sekali lagi datang menduga, kali ini tentang perceraian, Tuhan Yesus tegaskan tidak boleh menceraikan isteri kecuali kes zina (ay. 3-9). selepas itu seorang pemuda yang kaya mahu kesempurnaan hidup tetapi tidak sanggup menjual kekayaannya dan mengikuti Tuhan Yesus (ay. 16-22). Kemudian Petrus bertanya tentang upah mereka mengikut Tuhan Yesus, upah mereka ialah akan menduduki takhta menghakimi dua belas suku Israel (ay. 27-28). Bukan mereka saja tetapi setiap orang yang meninggalkan sesuatu kerana mengikut Tuhan Yesus akan menerima seratus kali ganda apa yang mereka tinggalkan dan hidup yang kekal (ay. 29). Apa yang sudah saya dan anda tinggalkan kerana mengikuti Tuhan Yesus? Upah seratus kali ganda dan hidup kekal menanti kita. Mari kita belajar bahawa upah seratus kali ganda dan memperoleh hidup yang kekal jangan sedih kalau terlepas peluang di bumi meraih kekayaan, pangkat dan kemewahan kerana mengikuti Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 17.9.2024.

Comments

Popular Posts