Markus 3:9-12 (AVB) Begitu ramainya orang sehingga Yesus menyuruh murid-Nya menyediakan perahu untuk-Nya supaya Dia tidak terhimpit. Ramai orang telah disembuhkan-Nya. Oleh itu, orang sakit berebut-rebut hendak menyentuh-Nya. Apabila orang yang dirasuk roh-roh jahat melihat-Nya, mereka sujud di hadapan-Nya lalu berseru, “Engkau Anak Allah.” Yesus melarang keras mereka mengatakan siapa Dia. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Sujud di hadapan-Nya" Setelah soal jawapan Tuhan Yesus dengan golongan agama tentang hari Sabat dalam bab dua, Tuhan Yesus memperlihatkan lagi Dia menyembuhkan seseorang yang tangan lumpuh sebelah di dalam rumah ibadah (ay.5) golongan agama yang melihat itu mahu membunuh Tuhan Yesus (ay.6). Kemudian Tuhan Yesus mengajar pula di tepi pantai ramai orang datang baik dari daerah orang Israel dan juga yang bukan (ay.7-8) ada juga yang kerasukan roh-roh jahat datang dan sujud menyembah Tuhan Yesus dan berseru "Engkau Anak TUHAN" (ay.11). Mungkin selepas ini roh-roh jahat akan di marahi oleh ketua mereka sebab menyembah Tuhan Yesus. Hari ini kita datang beribadah sudah tentu kita mahu menyembah Tuhan Yesus sebab kita tahu siapa Dia sedangkan roh-roh jahat datang menyembah Dia, mana boleh kita tidak datang sujud dan menyembah Tuhan Yesus, kalau begitu roh-roh jahat lebih baik daripada kita. Mari kita belajar datang ke gereja hari ini dan sujud di hadapan-Nya. Ibadah yang sejati ialah sujud menyembah dan berseru Engkau Anak TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 29.9.2024.

Comments

Popular Posts