Matius 14:32-35 (AVB) Kedua-dua mereka menaiki perahu dan angin pun tiada.
Selepas itu, para murid Yesus yang di dalam perahu menyembah-Nya sambil berkata, “Sesungguhnya, Engkaulah Anak Allah!”
Mereka menyeberang hingga tiba di Genesaret.
Orang di situ mengenal Yesus lalu menyebarkan berita kedatangan-Nya ke serata daerah itu. Ramailah dibawa orang sakit kepada-Nya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menyembah-Nya dan berkata sesungguhnya Engkaulah Anak TUHAN" Kisah pelayanan Tuhan Yesus dilanjutkan, selepas Dia ditolok oleh orang Nazaret Dia berkhutbah pula di tepi pantai, mungkin emosi-Nya terganggu dan cuba tenangkan fikir, kemudian pergi keseberang tasik Galilea tiba di Genesaret, ketika para murid-Nya berdayung ke sana Tuhan Yesus menghampiri mereka dengan berjalan di atas air, ketakutanlah para murid tetapi Petrus mahu menemui Tuhan Yesus dengan berjalan di atas air, dia juga boleh berbuat demikian kerana iman, tetapi sekejap saja dia pun mula tengelam. Tuhan menolong dia. Dalam perahu para murid-Nya menyembah Dia dan mengatakan Dia ialah TUHAN.
Tuhan Yesus tidak menolok untuk disembah sebagai TUHAN. Sebab memang Dia TUHAN.
Mari kita belajar menyembah-Nya dan berkata sesungguhnya Engkaulah Anak TUHAN.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
12.9.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment