Matius 7:1-2 (AVB) “Jangan hakimi orang lain, supaya kamu tidak dihakimi. Kerana sebagaimana kamu menghakimi orang, demikian jugalah kamu akan dihakimi. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jangan hakimi orang lain" Khutbah Tuhan Yesus ada perkataan yang berterus terang dan ada perumpamaan itulah seni khutbah yang menarik perhatian rakyat pada masa itu dan kita hari ini. Mungkin ada yang tertawa keseronokan mendengar khutbah tetapi tanpa sendiri dia mentertawakan diri sendiri sebab tidak tahu maksud perumpamaan, seperti menghakimi orang lain, mudah betul kita menghakimi sedangkan kita juga seperti itu atau lebih teruk lagi (ay. 3-5). Tetapi ada lagi penyakit lain tentang menghakimi iaitu menghakimi diri sendiri, mengutuk, tidak percaya, tidak menghargai diri sendiri dan banyak lagi. Kita lupa diri kita sendiri bukanlah milik mutlak kita tetapi miliki TUHAN (Gal. 2:20). Mari kita belajar jangan hakimi orang lain dan diri sendiri, sebab itu urusan TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Ming Garden Hotel Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 5.9.2024.

Comments

Popular Posts