Matius 15:17-20 (AVB) Tidakkah kamu mengerti? Apa yang masuk ke dalam mulut seseorang turun ke perut lalu keluar semula.
Sebaliknya, apa yang keluar dari mulut datang dari hati, dan inilah yang menajiskan.
Dari hati timbul fikiran jahat yang mendorong seseorang membunuh, berzina, berbuat cabul, mencuri, memberi kesaksian palsu, dan memfitnah.
Segala itulah yang menajiskan, bukan makan dengan tidak membasuh tangan.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Keluar dari mulut datang dari hati" Ada orang Farisi dari Yerusalem pergi ke Galilea (ay. 1) mungkin semata-mata mahu melihat Tuhan Yesus yang sedang diperkatakan orang. Mereka mendapati para murid Tuhan Yesus tidak membacuh tangan sebelum makan, mereka menegur perbuatan itu (ay. 2). Tuhan Yesus menjawab mereka bahawa apa yang masuk ke dalam mulut tidak menajiskan seseorang tetapi perkataan yang keluar dari mulut itu yang menajiskan seseorang (ay. 11). Bukan pula makanan yang dimakan menimbulkan fikiran yang jahat seperti membunuh, berzina, berbuat cabul, mencuri, memberi kesaksian palsu dan memfitnah (ay. 19). Begitulah Tuhan Yesus menjawab orang Farisi dari Yerusalem itu. Kita pun begitu juga selalu berfikir makanan menajiskan seseorang tetapi tidak pula berhati-hati berkata-kata atau menjaga fikiran agar tidak menimbulkan niat jahat yang berkemungkinan keluar menjadi perkataan atau perbuatan yang menajiskan.
Mari kita belajar menjaga hati sebab apa yang keluar dari mulut datang dari hati yang jahat.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia.
13.9.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment