Markus 5:19-20 (AVB) Tetapi Yesus tidak membenarkannya, sebaliknya berkata, “Pulanglah kepada keluargamu, kepada orang sekampungmu. Beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan bagimu dan bagaimana Dia telah berbelas kasihan kepada kamu.”
Orang itu pun mula menjelajahi daerah sepuluh kota dan menceritakan segala yang telah dilakukan oleh Yesus untuknya. Mereka semua kehairanan.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pulanglah kepada keluargamu" Tuhan Yesus tiba di seberang danau Galilea yang bernama Gerasa di satu kampung bukan orang Israel, ada satu orang kerasukan roh-roh jahat yang sebanyak satu legion iaitu 5-6 ribu roh jahat (ay.9). Roh jahat yang ada pada orang itu menyembah Tuhan Yesus dan memohon mereka keluar dan memasuki kawan babi yang ada di sana lebih kurang dua ribu ekor, babi-babi itu tejun ke lereng curam ke dalam laut dan mati semua (ay.13). Penjaga babi ketakutan dan menceritakan itu kepada orang kampung, mereka berkumpul melihat orang yang kerasukan roh-roh jahat itu sudah sembuh (ay.14).
Setelah mereka mengetahui apa yang berlaku mereka meminta Tuhan Yesus meninggalkan daerah mereka (ay.17). Selain Nazaret Gerasa juga menolak Tuhan Yesus, sedih kalau pelayanan kita ditolak, tetapi orang yang kerasukan legion roh jahat yang menjadi misinori Tuhan Yesus, dia bersaksi ke sepuluh kota di sana (ay.20). Begitulah cara Tuhan Yesus menjangkau daerah Gerasa dengan hanya mengutus seorang, dia diterima kerana orang daerah sana berbanding Tuhan Yesus.
Penginjilan perlu di sesuaikan dengan keadaan siapa yang boleh diterima di satu tempat orang itulah yang diutus.
Mari kita belajar pulanglah kepada keluargamu mungkin ada misi untuk saya dan anda di sana.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
1.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment