Matius 12:36-37 (AVB) Aku berkata kepadamu: Pada hari penghakiman, setiap orang harus mempertanggungjawabkan setiap katanya yang tidak sewajarnya dituturkan.
Kata-katamu sendiri akan dijadikan ukuran sama ada kamu bersalah atau tidak, dan dengan kata-katamu sendiri pula kamu dihukum.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pada hari penghakiman" Tuhan Yesus mengajar kepada rakyat dan juga para pemimpin agama bahawa pada hari penghakiman semua orang akan diadili melalui kata-kata mereka sendiri, adakah benar atau bersalah. Kalau begitu sudah tentu semakin banyak berkata-kata semakin banyak perkara yang perlu diadili. Selalunya perkataan yang menarik perhatian kalau ada unsur yang luar kebiasaan didengar, selalunya memerlukan penambahan atau lebih tepat pembohongan. Tetapi kalau kata-kata kita menjadi ukuran penghakiman akan berhadapan masalah besar.
Lebih baik bercakap benar sahaja walaupun tidak menarik perhatian pendengar.
Mari kita belajar pada hari penghakiman perkataan yang kita ucapkan menjadi pengukur benar atau salah kita pada masa itu, sebab itu perlu berhati-hati dengan perkataan.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
10.9.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment