Matius 11:28-30 (AVB) Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan. Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang. Sebab kuk-Ku serba mudah, dan beban-Ku pun ringan.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kuk-Ku serbah mudah" Selepas Tuhan Yesus mengutus dua belas murid-Nya mengkhabar kerajaan TUHAN, Dia juga pergi ke bandar berhampiran untuk mengajar (ay. 1). Dia mengatakan kuk atau ajaran yang Dia ajarkan mudah dan ringan (ay. 30) mungkin Tuhan Yesus bandingkan dengan ajaran para guru agama pada zaman itu atau hukum Taurat itu sendiri. Ramai orang Rungus mengatakan menjadi Kristian lebih ringan beban berbanding berada dalam kepercayaan lama. Hari ini kita tidak ada perbandingan susah atau ringan menjadi pengikut Kristus sebab generasi sekarang lahir dalam keluarga Kristian, bagi saya menjadi pengikut Kristus yang setia bukan kuk serbah mudah, banyak halangan perlu ditempuhi cabaran bermula dari rumah atau keluarga sendiri, ada yang tidak menyokong pelayanan anda, memandang rendah status sebagai pelayanan di gereja, dalam gereja cabaran perbuatan jawatan walaupun anda tidak mahu terlibat akan ada kumpulan dalam gereja membuatkan kita serbah salah. Kalau ini pun dikira kuk yang serbah mudah, bayangkan di luar Kristus bagaimana beratnya kuk itu. Mari kita belajar kuk-Ku serbah mudah, dan beban pun ringan kata Tuhan Yesus berbanding kuk dan beban yang dikenakan oleh dunia. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia. 9.9.2024.

Comments

Popular Posts