Matius 4:6-7 (AVB) berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: ‘Tentang-Mu, Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.’ ” Yesus menjawab, “Tetapi telah tersurat: ‘Janganlah engkau menduga Tuhan, Allahmu.’ ” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan, hari ini kita belajar tentang "Menduga Tuhan TUHAN Bapa" Tuhan Yesus dibawa oleh Roh TUHAN di gurun supaya Dia digoda oleh Iblis (ay. 1), selama empat puluh hari empat malam Dia berpuasa (ay. 2), datanglah iblis menduga-Nya, supaya Dia menjadikan batu-batu menjadi roti (ay. 3), kemudian membawa Tuhan Yesus di puncak Bait Suci dan menduga-Nya supaya terjun (ay. 6). Tetapi Tuhan Yesus menjawab kepada Iblis "Jangan menduga Tuhan TUHAN Bapa mu" (ay.7). Dalam dialog ini Tuhan Yesus mengaku Dia ialah TUHAN sendiri, sebab itu iblis tidak dapat menjawab Dia. Begitu juga dialog Iblis meminta Tuhan Yesus menyembah dia, Tuhan Yesus menjawab "nyahlah engkau iblis sebab hanya kepada TUHAN engkau menyembah dan beribadat (ay. 10) dalam konteks perbualan tersebut Tuhan Yesus mahu mengatakan sembahlah TUHAN iaitu Dia sendiri. Dalam pengalaman hidup kita pun tanpa sedar menduga Tuhan TUHAN Bapa apabila fikiran kita berpusat kepada diri sendiri, bukan lagi kepada TUHAN, ibarat iblis yang mahu disembah. Mari kita belajar jangan menduga Tuhan TUHAN Bapa dengan masalah yang kita hadapi tetapi tetap sembahlah Dia dalam apa juga keadaan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 2.8.2024.

Comments

Popular Posts