Matius 24:36-39 (AVB) “Tetapi tentang hari dan waktunya, tiada siapa yang tahu hari atau waktunya, baik para malaikat di syurga mahupun Anak. Hanya Bapa yang tahu. Sebagaimana yang berlaku pada zaman Nuh, demikianlah kelak pada hari kedatangan Anak Manusia. Sebelum banjir melanda, mereka makan minum, berkahwin dan dikahwinkan, hinggalah waktu Nuh masuk ke bahtera. Mereka tidak sedar apa yang berlaku hingga banjir memusnahkan mereka. Demikianlah kelak pada hari kedatangan Anak Manusia. Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tentang "Tiada siapa yang tahu" Para murid bertanya kepada Tuhan Yesus bilakah kedatangan kedua kali-Nya (ay.3) mungkin mereka sudah faham bahawa Tuhan Yesus bukan seperti mesias dalam fikiran orang Israel tetapi Dia TUHAN. Tuhan Yesus mengatakan hanya kepada para murid-Nya yang dua belas orang itu di bukit Zaitun (ay.3). Panjang lebar penjelas dan secara berterus terang tidak seperti dalam kitab Wahyu sepatutnya kita lebih membaca kata-kata Tuhan Yesus sendiri berbanding kitab Wahyu untuk memahami tanda-tanda dan kedatangan Tuhan Yesus. Antara yang dikatakan tidak seorang yang pun tahu para malaikat dan Dia sendiri hanya Bapa yang tahu atau dengan kata yang lain keputusan Bapa sendiri (ay.36). Sebab itu selama kita hidup bersedia supaya tidak kedapatan sedang melakukan dosa pada hari kejadian itu. Mari kita berlajar tiada siapa yang tahu kedatangan Tuhan Yesus sebab itu bersedialah jangan melakukan dosa. Ibadah yang sejati bersedia dengan kedatangan Tuhan Yesus seolah-olah dalam ibadah hari ini. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 22.9.2024.

Comments

Popular Posts