Matius 26:69-72 (AVB) Sedang Petrus duduk di laman dalam rumah itu, seorang hamba perempuan datang dan berkata kepadanya, “Kamu pun bersama Yesus, orang Galilea itu.” Tetapi Petrus menyangkal di hadapan mereka semua, “Aku tak tahu apa yang kaukatakan itu.” Setelah Petrus pergi ke luar ke pintu gerbang, seorang perempuan lagi melihatnya dan berkata kepada orang di situ, “Orang ini pun bersama Yesus orang Nazaret.” Petrus menyangkal lagi sambil bersumpah, “Aku tak kenal orang itu!” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini kita belajar tentang "Seorang perempuan lagi melihatnya" Bab enam menceritakan bermula kesengsaraan Tuhan Yesus kerana pada malam itu Dia ditangkap kemudian di bawa ke istana imam besar untuk diadili (ay.57-68). Petrus yang bertekad mahu membuktikan dia tidak goyah (ay 33) mengikuti secara diam-diam di sana (ay 58), tetapi ada hamba perempuan mengenalnya (ay.69) bukan satu tetapi dua orang (ay.71) dan seorang lagi mengenalnya tidak disebut jantina (ay.73) mungkin orang itu pun seorang perempuan. Begitu tajam pemerhatian seorang perempuan berbanding para askar imam besar yang perlu ditunjukkan oleh Yudas mana satu Tuhan Yesus (ay.48). Perempuan dalam cerita sudah tentu kenal Tuhan Yesus sebab murid-Nya pun mereka kenal. Sebab itu jangan hairan ada puan-puan yang mengenal kita walaupun kita tidak kenal mereka, kerana tajam pemerhatiannya terhadap khutbah dan kesaksian hidup kita, sebab itu perlu tampil jujur di mana saja kita berada, sebab ada mata perempuan yang memerhati. Mari kita berlajar seorang lagi perempuan melihatnya jangan sampai goyah iman kerana ditanya oleh perempuan bersikap jujur sahaja. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 24.9.2024.

Comments

Popular Posts