Zefanya 3:1-2 (AVB) Malangnya kota yang derhaka dan cemar, kota yang penuh penindasan!
Dia tidak mahu mendengar teguran sesiapa pun, dan tidak mahu menerima didikan. Dia tidak percaya kepada TUHAN, dan tidak datang untuk mendekati Allahnya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak mahu mendengar teguran" Nabi Zefanya menyampaikan pesan TUHAN kepada penduduk kota Yerusalem bahawa mereka ini kota yang penuh penindasan, tidak mahu mendengar teguran, para pemimpin seperti singa, para hakim seperti sarigala, para nabi berbuat khianat dan para imam memperkosa hukum (ay. 3-4). Boleh dikatakan kota Yerusalem tidak selamat untuk diduduki, tidak pasti keadaan hari ini adakah penduduknya sudah bertaubat atau lagi jahat menipu para pengunjung demi mendapat keuntungan wang. Inilah sebab kenapa kota ini dihukum oleh TUHAN. Bukan saja kota Yerusalem tetapi kota, kampung atau gereja kita akan dihukum oleh TUHAN kalau tidak mahu menerima teguran TUHAN.
Tuhan Yesus sudah menegur kita setiap minggu, tinggal lagi mahu mendengar teguran atau adakah mahu datang ke gereja untuk ditegur.
Mari kita belajar supaya mengubah sikap tidak mahu mendengar teguran kepada suka mendengar teguran.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
9.8.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment