Maleakhi 1:12-13 (AVB) “Tetapi kamu mencemarinya dengan berfikir, ‘Meja Tuhan itu cemar dan makanan yang ada di situ boleh dihina.’
Kamu berkata, ‘Alangkah susahnya!’ dan kamu mendengus meremeh-temehkan hal yang berat,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Kamu membawa haiwan rampasan, haiwan yang tempang, dan haiwan yang sakit sebagai persembahan. Akankah Kuperkenan menerimanya daripada tanganmu?” demikianlah firman TUHAN.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Meremeh-temehkan hal yang berat" TUHAN menegur sikap para imam melalui nabi Maleakhi yang meremeh-temehkan hal memberi persembahan di atas meja persembahan, mungkin ini berlaku selepas Bait Suci kedua selesai di bina semula, ibadah berlaku lagi seperti pada masa Bait Suci pertama. Inilah yang berlaku para imam mempersembahkan korban binatang yang tidak sempurna TUHAN tidak menerima malah mengutuk mereka yang berbuat demikian (ay. 14).
Tuhan Yesus ialah korban yang sempurna dari TUHAN sendiri, melalui korban itu seluruh dunia mendapat berkat.
Mari belajar tidak meremeh-temehkan hal berat iaitu meja persembahan dalam konteks kita kantung persembahan tidak memberi sisa wang tetapi yang sempurna bermula dari wang kertas.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
26.8.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment