Zakharia 2:4-5 (AVB) Kepadanya dikatakan, “Larilah, katakanlah kepada pemuda itu, ‘Yerusalem akan berdiri seperti kampung tidak bertembok kerana ramainya manusia dan binatang di dalamnya.
Aku sendiri akan menjadi tembok api di sekelilingnya,’ demikianlah firman TUHAN. ‘Aku akan menjadi kemuliaan di tengah-tengahnya.’ ”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tembok api" Nabi Zakaria mendapat penglihatan ada dua pemuda seorang datang untuk menyukat Yerusalem, dan seorang lagi disuruh oleh TUHAN datang kepada pemuda yang menyukat itu mengatakan kota ini berdiri tanpa tembok sebab ramainya manusia dan binatang ternak di dalamnya. TUHAN sendiri menjadi tembok api sekeliling kota Yerusalem, kemuliaan TUHAN ada di tengah-tengah mereka.
Tuhan Yesus tembok berapi bagi gereja, menjaga jemaah daripada kejahatan, kemuliaan TUHAN ada di sana.
Mari kita belajar TUHAN menjadi tembok api di sekeliling kita, tidak perlu takut dengan keadaan sekeliling.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
13.8.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment