Matius 3:8-9 (AVB) Buktikanlah dengan perbuatan bahawa kamu telah bertaubat.
Jangan sangka kamu dapat berkata sesama sendiri, ‘Abraham bapa moyang kita.’ Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batu ini anak cucu Abraham!
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tentang "Cucu Abraham" Yohanes Pembaptis tampil di gurun Yudea, berseru-seru memanggil rakyat supaya bertaubat kerana kerajaan TUHAN sudah datang (ay. 1-2). Ramai yang datang mengaku dosa dan dibaptis sebagai tanda pertaubatan (ay. 5-6) ramai juga orang Farisi dan Saduki datang mahu dibaptis, tetapi Yohanes menegur mereka agar bertaubat daripada kejahatan mereka (ay. 7) sedangkan mereka pemimpin agama dan keturunan Abraham sudah tentu pengampunan diberikan kepada mereka. Tetapi menurut Yohanes tidak sama sekali, cucu Abraham boleh berlaku kepada siapa saja kalau ada pertaubatan dan buah pertaubatan (ay. 8-9).
Tuhan Yesus memberikan keselamatan kepada semua orang tetapi perlu dibuktikan dengan pertaubatan dan buah pertaubatan.
Mari kita berlajar cucu Abraham bukanlah hanya pada keturunan tetapi pertaubatan dan ada buah pertaubatan.
Ibadah yang sejati adalah dibuktikan dengan buah pertaubatan.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
1.9.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment