Zakharia 6:15 (AVB) Kalangan dari jauh akan datang membina Bait Suci TUHAN.” Maka kamu akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku kepadamu. Hal ini akan terjadi jika kamu sungguh-sungguh mematuhi TUHAN, Allahmu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dari jauh akan datang membina Bait Suci TUHAN" Nabi Zakharia disuruh oleh TUHAN membuat mahkota yang diperbuat daripada emas dan perak untuk imam besar Yosua anak Yozadak (ay.11), dia disebut sebagai Tunas dari padanya keluar tunas yang membangunkan Bait Suci TUHAN (ay. 12), kita tahu Tuhan Yesus yang di maksudkan (Yer. 23:5) selain keturunan Daud Dia juga keturunan imam melalui ibunya. Pembinaan Bait Suci TUHAN di Yerusalem akan mendapat sumber dana dan mungkin juga tenaga jurubina kalangan jauh sebab kuasa TUHAN, selagi orang buangan yang pulang itu sungguh-sungguh mematuhi perintah TUHAN. Mari kita belajar kalangan jauh datang membina Bait Suci TUHAN dalam konteks kita bangunan gereja, selagi kita sungguh-sungguh mematuhi perintah TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 17.8.2024.

Comments

Popular Posts