Zakharia 8:22-23 (AVB) Banyak suku bangsa dan bangsa-bangsa yang kuat akan datang mencari hadirat TUHAN alam semesta, di Yerusalem dan memohon belas kasihan-Nya.” Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Pada masa itu, sepuluh orang daripada segala bangsa dan bahasa akan memegang erat-erat punca jubah seorang Yahudi sambil berkata, ‘Kami mahu pergi bersama-samamu, kerana kami telah mendengar bahawa Allah menyertai kamu.’ ” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Puncak jubah seorang Yahudi" Nabi Zakharia meneruskan nubuatan terhadap Yerusalem dan orang Yahudi, selain kota itu akan dihuni orang malahan ramai warganya yang menjadi tua di sana (ay. 4), ramai suku bangsa yang kuat datang mencari TUHAN dan memohon belas kasihan-Nya (ay. 22). Dikatakan juga dari sepuluh suku bangsa dan bahasa akan memegang erat-erat puncak jubah seorang Yahudi kerana mahu pergi bersama sebab TUHAN menyertai bangsa Yahudi. Adakah nubuatan ini sudah digenapi? mungkin belum atau sedang digenapi. Begitulah kata-kata semangat nabi Zakharia kepada orang buangan yang berada di Yerusalem agar mereka tidak patah semangat meneruskan pembinaan Bait Suci TUHAN. Tuhan Yesus seorang Yahudi, kita antara suku bangsa dan bahasa yang memegang erat-erat puncak jubah seorang Yahudi kita mahu menyertai-Nya sebab keselamatan kita dari hukuman TUHAN. Mari kita belajar memegang erat-erat puncak jubah seorang Yahudi iaitu Yesus Kristus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 19.8.2024.

Comments

Popular Posts