Zefanya 2:4-5 (AVB) Gaza akan ditinggalkan dan Askelon dimusnahkan. Orang Asdod akan terusir pada tengah hari dan Ekron akan tercabut sampai ke akar-akarnya.
Malangnya penduduk di pesisiran pantai, bangsa Kreti! Firman TUHAN menentang engkau, wahai Kanaan, tanah orang Filistin, “malah Aku akan membinasakan kamu, sehingga tiada lagi pendudukmu!”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bangsa Kreti" Nabi Zefanya bernubuat hukuman TUHAN kepada bangsa di sekitar Yehuda mereka juga akan dimusnahkan, penempatan mereka akan sunyi. Begitu juga bangsa Kreti mereka inilah yang disebut orang Filistin tinggal di persisir pantai sebelah barat orang Yehuda yang selalu disebut dalam Kitab Perjanjian Lama. Mungkin hari ini sebahagian daripada Tebing Barat tetapi orang Filistin pada zaman Zefanya bukalah keturunan orang Filistin hari ini sebab mereka itu keturunan Arab bukan dari Kreti pulau di laut Mediteranean, bangsa Filistin Kreti tidak disebut lagi pada zaman Tuhan Yesus mungkin mereka pupus ketika penaklukan orang Babel dan Asyur pada zaman Perjanjian Lama.
Nubuatan nabi Zefanya memang berlaku.
Tuhan Yesus memanggil kita bertaubat supaya hukuman TUHAN tidak berlaku kepada bangsa kita.
Mari kita belajar bertaubat supaya jangan seperti bangsa Kreti pupus kerana dihukum TUHAN.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 8.8.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment