Zakharia 7:5-6 (AVB) “Katakanlah kepada seluruh rakyat negeri dan kepada para imam, ‘Ketika kamu berpuasa dan meratap pada bulan kelima dan ketujuh selama tujuh puluh tahun ini, adakah kamu sungguh-sungguh berpuasa untuk Aku? Ketika kamu makan dan minum, bukankah kamu makan dan minum untuk dirimu sendiri? Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Puasa pada bulan kelima dan ketujuh" Nabi Zakharia didatangi oleh beberapa pemimpin, mereka bertanya tentang adakah mereka perlu meneruskan puasa pada bulan kelima (ay. 3), TUHAN menjawab melalui nabi Zakharia, adakah kamu berpuasa bersungguh-sungguh untuk TUHAN, bukankah kamu makan dan minum untuk diri kamu sendiri? (ay. 5-6). Puasa yang TUHAN mahu ialah tunjukkan kasih sayang, berlaku adil, tidak menindas golongan lemah dan tidak merancang kejahatan kepada orang lain (ay. 9-10). Selamat tujuh puluh tahun orang buangan mengadakan puasa pada bulan kelima dan ketujuh tetapi mereka tidak melakukan itu (ay. 5). Tuhan Yesus menyimpulkan hukum Taurat dan kitab para nabi iaitu lakukanlah kepada orang lain seperti kamu mahu orang lain lakukan kepada kamu (Luk. 6:31). Itulah puasa yang TUHAN mahukan bukan hanya tidak makan atau minum. Mari kita berlajar puasa pada bulan kelima dan bulan ketujuh ialah saling mengasihi dan berlaku adil. Ibadah yang sejati memberi hati yang berbelas kasihan dan adil kepada TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 18.8.2024.

Comments

Popular Posts