Nahum 3:1-3 (AVB) Malangnya kota pertumpahan darah, yang sarat dengan pembohongan dan penjarahan. Terkaman juga tidak berkesudahan!
Ada bunyi cemeti dan bunyi gemuruh roda. Kuda melompat, rata-rata yang melonjak.
Kemaraan pasukan berkuda, pedang menyala-nyala, dan tombak berkilat-kilat. Banyak yang terbunuh dan bangkai bertimbun-timbun; Mayat terus tidak terputus-putus, tersandung orang pada mayat-mayat itu!
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kota pertumpahan darah" Nubuatan nabi Nahum untuk kota Niniwe bersambung, dikatakan bahawa kota ini kota pertumpahan darah dan sarat dengan pembohongan dan penjarahan. Mungkin kita ada pengalaman berada di satu bandar yang seperti itu, teringat saya bandaraya Kota Kinabalu pada tahun 90an saya bekerja di Kampung Air berhadapan dengan Sinsuran, pergaduhan sampai ada yang berdarah, dikejar polis, penipuan, pondan dan sebagainya berlaku hampir setiap hari memang menakut kawasan itu, syukur hari ini tiada lagi kejadian seperti itu. Agaknya kalau berlarutan bandaraya Kota Kinabalu pun akan dimusnahkan oleh TUHAN seperti kota Niniwe.
Tuhan Yesus mengajar kita bercakap benar, kalau ya kata ya dan kalau tidak katakan tidak lebih daripada itu sudah jadi pembohongan (Mat. 5:37)
Mari kita belajar jadikan kota tempat tinggal kita bukan kota pertumpahan darah dan sarat dengan pembohongan dan penjarahan.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 3.8.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment