Zakharia 13:2 (AVB) Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN alam semesta, Aku akan melenyapkan nama berhala-berhala daripada negeri itu, sehingga semua itu tidak diingat lagi. Aku pun akan mengusir nabi-nabi dan roh najis dari negeri itu.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Melenyapkan nama berhala-berhala" Nabi Zakharia bernubuat bahawa TUHAN akan membersihkan kota Yerusalem daripada kenajisan penyembahan berhala, nabi-nabi palsu dan roh jahat. Sudah digenapi selepas pembuangan tidak ada lagi penyembahan berhala sehingga hari ini berbanding sebelum pembuangan mereka memang menyembah banyak berhala. Seperti suku kita sebelum Injil datang takluk kepada roh-roh dan takut kepada kematian.
Tuhan Yesus telah menyucikan kita daripada berhala-berhala, nabi palsu dan roh jahat.
Mari kita belajar bahawa Injil melenyapkan berhala-berhala tidak perlu kembali kepada berhala.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
24.8.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment