Zefanya 1:2-3 (AVB) “Aku akan melenyapkan sama sekali segala sesuatu daripada muka bumi,” demikianlah firman TUHAN.
“Aku akan melenyapkan manusia dan binatang, burung di udara dan ikan di laut. Aku akan menumbangkan orang fasiq dan melenyapkan manusia daripada muka bumi,” demikianlah firman TUHAN.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Melenyapkan manusia" Nabi Zefanya golongan imam dia mendapat firman TUHAN ketika kerajaan Yehuda diperintah oleh raja Yosia (ay. 1) yang menaiki takhta pada usia lapan tahun (2Raj 22:1-23:30), ancaman hukuman TUHAN bukan saja kepada penduduk Yehuda tetapi semua manusia di muka bumi, inilah pengakhiran kisah manusia dan haiwan di planet bumi, mungkin selepas itu akan ada lagi manusia yang akan dicipta untuk menghuni bumi. Penemuan arkeologi monument yang luas biasa besar pada hari ini memberi petunjuk ada penghuni bumi ini sebelum kita, mereka tidak disebut dalam Alkitab. Mungkin mereka manusia yang dilenyapkan oleh TUHAN sebelum era manusia hari ini.
Tuhan Yesus tidak memberi tahu kita tentang kewujudan manusia yang dilenyapkan itu, tetapi Dia memberi tahu kita akan ada bumi baharu yang lama sudah berlalu (Wah 21:1).
Mari kita belajar bertaubat daripada kejahatan sebelum hukuman TUHAN melenyapkan semua manusia dan haiwan di muka bumi berlaku.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
7.8.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment