Habakuk 1:6, 11 (AVB) Sesungguhnya, Aku membangkitkan orang Kasdim, bangsa yang garang dan tangkas, yang menjelajahi luasnya bumi untuk merampas tempat kediaman yang bukan milik mereka.
Kemudian, laksana tiupan angin, mereka bergegas pergi. Kesalahan mereka ialah kerana mendewa-dewakan kekuatan diri sendiri.”
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mendewa-dewakan kekuatan diri sendiri" Nabi Habakuk mendapat penglihatan tentang orang Kasdim mereka ini terkenal dengan kota Babel, merekalah yang dipakai TUHAN untuk menghukum orang Yehuda sehingga ditawan ke kota Babel. Mungkin juga orang Kasdim antara kerajaan yang menghancurkan kerajaan Niniwe. Nabi Habakuk menegur orang Kasdim kerana mendewa-dewakan kekuatan diri sendiri, sedangkan TUHAN yang memberi mereka kekuatan.
Tuhan Yesus mengajar kita supaya tidak meninggikan diri apa lagi mendewa-dewakan kekuatan diri sendiri. Banyak masalah yang muncul kalau mendewa-dewakan kekuatan diri sendiri antaranya mudah bekelahi, boleh jadi terasing, bertindak kejam dan sebagai.
Mari kita belajar tidak mendewa-dewakan kekuatan diri sendiri kerana akan dihukum oleh TUHAN. Ibadah yang sejati mendewa-dewakan kekuatan TUHAN dan menyembah-Nya.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
4.8.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment