Zakharia 4:6, 9 (AVB) Katanya kepadaku, “Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel, ‘Bukan dengan kegagahan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku,’ firman TUHAN alam semesta.
“Tangan Zerubabel telah meletakkan dasar bait ini, dan tangannya pula yang akan menyelesaikannya. Maka engkau akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku kepadamu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kekuatan Roh-Ku kata TUHAN" Nabi Zakharia mendapat penglihatan lagi, kali ini kaki pelita bercabang tujuh (Manorah), maksud penglihatan itu ialah Zerubabel yang diberi kegagahan dan kekuatan oleh Roh TUHAN untuk menyelesaikan pembinaan Bait Suci, dia yang meletakkan dasar bait itu dia jugalah yang akan menyelesaikan. Begitulah kata-kata semangat nabi Zakharia kepada Zerubabel dan rakyat pada masa itu. Para pemimpin rohani hari ini di gereja perlu mencontohi nabi Zakharia dan nabi Hagai memberi semangat kepada projek pembinaan gedung gereja, supaya pemimpin gereja bersemangat dalam masa yang sama kebenaran Firman TUHAN dinyatakan bahawa bukan kegagahan atau kekuatan manusia tetapi kekuatan Roh-Ku kata TUHAN.
Tuhan Yesus sudah mengutus Roh TUHAN itu sebagai penolong, penasihat dan penghibur kepada kita.
Mari kita belajar ada kekuatan menerus pembinaan gedung gereja kerana kekuatan Roh-Ku kata TUHAN.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
15.8.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment