Hagai 2:6-8 (AVB) Sebabnya beginilah firman TUHAN alam semesta: Sekali lagi, dalam sedikit waktu lagi, Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat. Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga akan datang mengalir keinginan segala bangsa, maka akan Kupenuhi Bait ini dengan kemegahan, firman TUHAN alam semesta. Perak itu milik-Ku dan emas itu milik-Ku, demikianlah firman TUHAN alam semesta. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Datang mengalir" Kisah projek meneruskan pembinaan Bait TUHAN di Yerusalem selepas puluhan tahun terbengkalai mungkin sebab tidak cukup dana, melalui nabi Hagai menyampaikan pesan bahawa menjadi perhatian TUHAN. Zerubabel anak Sealtiel tidak perlu takut kerana TUHAN akan menggoncangkan seluruh bangsa menggerakkan hati mereka datang mengalir untuk memberi bantuan. Biasanya halangan utama sesuatu projek pembinaan kekurangan dana, kita lupa TUHAN boleh menggerakkan hati orang lain berkat datang mengalir untuk menjayakan projek itu. Kisah projek pembinaan Bait TUHAN yang terbengkalai diteruskan pembinaan dalam tempoh empat tahun sudah selesai. Tuhan Yesus tidak akan mengecewakan kita mulalah berdoa meminta pertolongan-Nya agar datang mengalir berkat TUHAN. Mari kita belajar TUHAN memiliki emas dan perak atas kuasa-Nya datang mengalir menjayakan projek pembinaan Bait TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 11.8.2024.

Comments

Popular Posts