Matius 2:13-14 (AVB) Selepas itu, malaikat Tuhan memperlihatkan diri dalam mimpi kepada Yusuf lalu berkata, “Herodes akan mengeluarkan perintah supaya mencari dan membunuh Anak itu. Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di situ hingga Aku berfirman kepadamu.” Yusuf pun bangun. Pada malam itu juga dia membawa Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Memperlihatkan dalam mimpi" Dalam bab dua Injil Matius disebut empat kali peranan mimpi untuk menyelamat Tuhan Yesus ketika Dia masih bayi dan budak kecil dalam lingkungan umur dua tahun sehingga mungkin umur bawah dua belas tahun. Kenapa TUHAN menggunakan mimpi sebagai sarana menyampaikan pesan, secara pasti kita tidak tahu, banyak kemungkinan salah satunya kerahasian demi keselamatan si bayi Tuhan Yesus itu, apabila masa yang sesuai tiada lagi yang perlu dirahasiakan. Sekarang gereja bersaksi di mana bayi itu, ramai yang menerima-Nya seperti orang Majus dan ada yang mahu membunuh seperti Herodes. Mari kita belajar bukan lagi masa malaikat TUHAN memperlihatkan diri dalam mimpi pada zaman kita, tetapi penyataan langsung tentang Tuhan Yesus oleh saya dan anda semua. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 31.8.2024. Selamat menyambut Hari Sabah (31.8.1963-31.8.2024) dan Hari kebangsaan (31.8.1957-31.8.2024)

Comments

Popular Posts