Zakharia 5:4 (AVB) ‘Aku akan mengeluarkannya,’ demikianlah firman TUHAN alam semesta. ‘Kutukan itu akan masuk ke dalam rumah pencuri serta rumah orang yang bersumpah dusta demi nama-Ku. Kemudian kutukan itu akan tinggal di dalamnya serta menghancurkannya, baik kayu-kayunya mahupun batu-batunya.’ ”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Rumah pencuri" Nabi Zakharia mendapat penglihatan lagi kali ini sebuah gulung kitab yang panjangnya dua puluh hasta dan lebar pun dua puluh hasta (ay. 2) yang berisi kutukan kepada pencuri dan yang bersumpah palsu (ay. 3) kemudian gulung itu masuk ke dalam rumah pencuri dan rumah orang yang bersumpah palsu, kutukan itu berada di sana menghancurkan kayu dan batu dalam rumah mereka. Menakutkan maksud penglihatan itu seperti yang dikatakan oleh malaikat kepada nabi Zakharia. Bersumpah palsu cara mudah menutup kesalahan, mencuri juga cara mudah mendapatkan sesuatu. Memang tidak aman hidup kalau ada pencuri di tempat kita.
Tuhan Yesus juga melarang perbuatan mencuri dan bersaksi palsu atau bersumpah palsu (Mat. 19:18).
Mari kita belajar jangan mencuri atau bersaksi palsu kerana kutukan gulung kitab masuk ke dalam rumah pencuri dan yang bersumpah palsu menghancur rumah itu.
Damai sejahtera menaungi kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
16.8.2024.
Hari ini pengumuman perdana menteri penstrukturan gaji penjawat awam. Semoga lebih baik berbanding gaji sekarang.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment