Zakharia 14:3-4 (AVB) Setelah itu, TUHAN akan maju berperang melawan bangsa-bangsa itu seperti ketika Dia berperang pada hari pertempuran. Pada hari itu Dia akan berdiri di atas Bukit Zaitun, yang berhadapan dengan Yerusalem di sebelah timur. Bukit Zaitun akan terbelah dua dari timur ke barat, sehingga terjadilah sebuah lembah yang amat besar. Separuh daripada bukit itu akan berpindah ke sebelah utara, manakala separuh lagi ke sebelah selatan. Kopivosihan dan selamat beribadah, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari kita belajar tentang "Berdiri di atas bukit Zaitun" Bukit Zaitun Dan bukit Sion selalu disebut dalam Alkitab. Kedua-dua bukit ini bersebelahan antara satu dengan yang lain, kalau kita berada di bukit Zaitun dapat melihat bukit Sion letaknya kota Yerusalem. Dikatakan dalam teks Dia merujuk kepada Tuhan Yesus datang menyelamatkan kota Yerusalem yang diserang oleh suku bangsa. Mungkin inilah maksud kedatangan Tuhan Yesus yang kedua kali salah satunya untuk menyelamatkan kota itu. Bagi kita umat Kristian percaya bahawa kedatangan Tuhan Yesus itu menyelamatkan umat-Nya bukan hanya kota Yerusalem seperti iman orang Yahudi. Mari kita belajar Tuhan Yesus berdiri di bukit Zaitun untuk menyelamat semua umat-Nya. Ibadah yang sejati ialah percaya kepada Dia yang berdiri di bukit Zaitun menyelamatkan umat-Nya. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 25.8.2024.

Comments

Popular Posts