Habakuk 2:2-3 (AVB) Lalu TUHAN menjawab aku demikian, “Tulislah penglihatan itu dengan jelas pada papan-papan loh, supaya orang yang berlari pun dapat membacanya.
Memang penglihatan itu masih menanti waktu pernyataannya, tetapi akan segera menuju kesudahannya tanpa berdusta. Kalaupun tampak seperti lambat, tetap nantikannya, kerana pasti akan ternyatanya juga dan tidak akan berlengah.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Papan-papan loh" nabi Habakuk menanti firman TUHAN ketika dia sedang bertugas di tempat berkawal di atas kubu ketika meninjau keadaan (ay. 1). Mungkin nabi Habakuk orang Lewi atau askar yang pasti dia bukan orang awam. Uniknya dia menanti firman TUHAN ketika sedang bertugas, biasa orang yang sedang bertugas sibuk dengan tugasan atau dengan kawan sekerja, tiada masa berdiam diri untuk TUHAN. Tuhan Yesus dalam kesibukan tidak mengabaikan untuk berdiam diri bersama TUHAN, Alkitab mencatat pada awal pagi atau lewat malam itulah masa dapat bersendirian.
Nabi Habakuk bukan saja mahu mendengar malah dia menulis firman TUHAN pada papan-papan loh ditulis dengan jelas supaya orang yang sedang berlari pun boleh membaca.
Mari kita belajar menantikan firman TUHAN di mana saja dan tuliskan pada papan-papan loh ditulis dengan jelas, pada zaman kita memadai ditulis dengan jelas dalam buku.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
5.8.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment