Hagai 1:1-2 (AVB) Pada hari pertama bulan keenam dalam tahun kedua pemerintahan Raja Darius, datanglah firman TUHAN menerusi Nabi Hagai sebagai perantaraan kepada pembesar negeri Yehuda iaitu Zerubabel anak Sealtiel, dan kepada imam besar iaitu Yosua anak Yozadak seperti begini:
“Beginilah firman TUHAN alam semesta: Bangsa ini berkata: Sekarang belum lagi waktu untuk membina semula Bait TUHAN!”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Waktu untuk membina" Nabi Hagai aktif bernubuat pada waktu orang buangan sudah pulang ke Yerusalem pada zaman raja Darius raja Media Persia, mungkin nabi Hagai orang buangan yang bersama-sama pulang ke Yerusalem bersama rombongan pertama yang ketuai oleh Zerubabel anak Sealtiel.
Misi kepulangan mereka ialah untuk membina semua Bait TUHAN pada zaman perintah raja Kores (Ez 1:2), tetapi terbengkalai sehingga pada zaman raja Darius mungkin puluhan tahun terbengkalai. Hanya apabila nabi Hagai mula bernubuat pembinaan semula diteruskan oleh Zerubabel anak Sealtiel dan kawan-kawan yang mereka sudah mulakan pada zaman raja Kores (Ez 3:8) empat tahun kemudian siaplah pembinaan bait TUHAN (Ez 6:15).
Pembinaan semula Bait TUHAN kerana ada nabi yang membuka suara, hari ini pun tidak jauh beza banyak projek pembinaan gereja yang terbengkalai sebab tidak ada yang berani membuka mulut mengajak pembinaan diteruskan.
Tuhan Yesus memberi kita tugas membina gereja sehingga selesai supaya dapat digunakan untuk memuji TUHAN.
Mari kita belajar waktu untuk membina gereja sudah tiba sekaranglah waktunya.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 10.8.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment