Zakharia 11:16 (AVB) Sesungguhnya, Aku akan membangkitkan di negeri ini seorang gembala yang tidak akan mempedulikan yang hilang, tidak akan mencari yang tersesat, tidak akan menyembuhkan yang terluka, dan tidak akan mengurus yang sihat, melainkan akan memakan daging domba yang gemuk dan mencabut kukunya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Gembala yang tidak mempedulikan" Nabi Zakharia menyampaikan pesan TUHAN kepada rakyat bahawa TUHAN akan membangkitkan seorang gembala untuk mereka yang bersikap tidak mempedulikan yang hilang, tidak mencari yang sesat, tidak akan menyembuhkan yang terluka dan tidak mengurus yang sihat.Tetapi hanya memakan daging domba yang gemuk dan mencabut kukunya. Tindakan TUHAN itu berlaku disebabkan rakyat dan pemimpin tidak mahu bertaubat daripada kejahatan, malang sekali rakyat kalau benar-benar terjadi seperti ini. Mungkin pada zaman Tuhan Yesus para pemimpin agama bersikap seperti gembala yang dikatakan oleh nabi Zakharia itu. Tuhan Yesus mengatakan Dia ialah gembala yang baik, sikap-Nya bertentangan dengan gembala yang tidak mempedulikan yang disebut oleh nabi Zakharia (Yoh. 10:11,14). Mari kita belajar tidak mencontohi sikap gembala yang tidak mempedulikan itu, hukuman TUHAN menanti mereka, dalam masa yang sama kita perlu bertaubat sebelum TUHAN menghantar gembala yang tidak mempedulikan itu. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 22.8.2024.

Comments

Popular Posts