Matius 1:22-24 (AVB) Segala ini berlaku supaya terlaksanalah firman Tuhan melalui nabi-Nya: “Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, dan mereka akan menamai Dia Immanuel” yang bererti, Allah menyertai kita dalam bahasa Ibrani. Apabila Yusuf terjaga, dia pun mematuhi apa yang disampaikan oleh malaikat Tuhan itu lalu berkahwin dengan Maria. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dia Immanuel" Kalau kita setia membaca satu bab satu hari dalam masa dua tahun enam bulan dan enam belas hari kitab Perjanjian Lama habis dibaca dan membuat renungan, banyak pelajaran yang kita temui sepanjang pembacaan itu. Kitab Perjanjian Baru didahului oleh Injil Matius dengan pembukaan keturunan Tuhan Yesus bermula dari Abraham. Kelahiran-Nya mengenapi nubuatan nabi Yesaya 7:14, bahawa seorang anak dara mengandung dan melahirkan anak lelaki yang dinamai atau digelar Immanuel yang bermaksud TUHAN menyertai kita. Umat Israel pada zaman Bait Suci kedua mengharapkan penyertaan TUHAN harapan itu memang berlaku. Hari ini gereja memerlukan penyertaan TUHAN tanpa penyertaan-Nya gereja tidak dapat bertumbuh matang dan berbuah. Mari kita belajar Dia Immanuel dalam gereja dan keluarga kita yakini penyertaan Tuhan Yesus yang mengubah sikap dan tindakan kita. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 30.8.2024.

Comments

Popular Posts