Maleakhi 4:5-6 (AVB) Sesungguhnya, Aku akan mengutus kepadamu Nabi Elia, sebelum tiba hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu. Dan dia akan membuat hati bapa berbalik kepada anak-anak mereka dan hati anak-anak kepada bapa mereka, supaya Aku tidak datang dan mengazabkan bumi dengan kemusnahan yang mutlak.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hati bapa berbalik kepada anak-anak" Bab empat dalam kitab Maleakhi merupakan bab terakhir dalam susun kitab Perjanjian Lama (PL) orang protestant, kemudian masuk dalam kitab Perjanjian Baru (PB). Pengenapan sebahagian besar nubuatan di PL dalam PB tinggal lagi kedatangan Tuhan Yesus kedua kali sebagai raja dan hakim agung belum digenapi. Pesan terakhir kitab Maleakhi ialah hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu ditandai oleh hati bapa berbalik kepada anak-anak dan hati anak-anak berbalik kepada bapa mereka, berbalik mungkin bermaksud menyayangi. Teringat saya tahun 1994 titik mula perubahan besar dalam hidup saya, antara yang berubah ialah hati saya berbalik kepada ibu bapa dan kampung halaman saya. Mungkin itulah maksud hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu, membuatkan hati seseorang bertaubat. Tuhan Yesus hairan kenapa hati rakyat tidak tidak berbalik kepada Bapa sedangkan Dia sudah datang yang lebih besar daripada raja Salomon yang bijaksana itu (Luk. 11:31). Mari kita belajar bahawa hati bapa berbalik kepada anak-anak dan hati anak-anak berbalik kepada bapa mereka itulah tanda hari TUHAN sudah datang dalam keluarga kita. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 29.8.2024.

Comments

Popular Posts